Tuesday 30 October 2012

your CGPA vs your sourceSKILLS

Alhamdulillah, kali ini OkiSara sempat mengisi entry dengan isu yang banyak dipersoalkan kini dalam kalangan rakan siswa OkiSara.

"Aku risaulah, makin dekat nak habis belajar ni makin runsing aku memikirkan soal kerja.
"Yelah, mana tidaknya berpuluh ribu graduan yang hadir tiap-tiap tahun. Tambah pulak makin ramai yang grad dengan ANC (Anugerah Naib Canselor) apatah lagi dengan 1st class gitu."
"Sedangkan aku? Emm...alhamdulillah cukup-cukup makan jea."

Situasi yang pernah OkiSara hadapi :) Jom kita baca sikit article yang sempat OkiSara baca tadi dekat Metro Harian...

JIKA dulu graduan dengan keputusan cemerlang sering menjadi pilihan majikan, senario alaf baru menyaksikan graduan bertahap sederhana pula laku seperti goreng pisang panas.

Meskipun dengan keputusan cemerlang, bukan semua bernasib baik malah ada juga terpaksa berhempas pulas bersaing dengan ribuan graduan lain mencari pekerjaan. 


Sebaliknya, mereka hanya memiliki sijil kemahiran serta kelayakan lebih rendah mudah pula memancing hati majikan hingga menimbulkan pertanyaan, apakah kecemerlangan graduan ini tidak bermakna.

Adakah senario ini isyarat bahawa keputusan cemerlang bukan lagi jaminan graduan itu tidak akan bergelar ‘penganggur terhormat’?


Atau adakah dunia pendidikan dan kerjaya hari ini sebulat suara tidak mementingkan lagi keputusan cemerlang sebagai syarat utama menawarkan pekerjaan sebaliknya perlu diseimbangkan dengan kehendak semasa?


Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Siti Suriani Othman, berkata trend majikan kini lebih mengkhusus kepada mereka yang berkemahiran serta memiliki personaliti positif menjadikan graduan biarpun mempunyai keputusan cemerlang sebagai pilihan kedua.

Beliau berkata, keputusan atau ijazah bukan lagi jaminan mereka mudah diterima bekerja andai kata tidak memiliki kriteria dikehendaki seperti pandai berkomunikasi, berani dan penuh idea.

“Jika memiliki ijazah dengan keputusan cemerlang, ia masih belum mencukupi untuk menambat hati majikan yang hari ini begitu selektif memilih pekerja.

“Dulu, golongan ini memang menjadi pilihan dan larisnya seperti goreng pisang panas. Kini, keadaan berbeza kerana dunia pekerjaan juga sudah semakin mencabar dan kompetitif.

“Majikan bukan lagi mencari seorang pekerja yang hanya tahu menurut perintah semata-mata namun lebih kepada mereka yang mempunyai jiwa perjuangan supaya sama-sama boleh memajukan syarikat,” katanya.

Justeru, tidak usah hairan jika graduan yang memiliki keputusan cemerlang sukar bersaing mendapatkan pekerjaan berbanding mereka yang hanya mempunyai kelayakan sederhana seperti sijil atau diploma.

“Sekeping ijazah dan keputusan cemerlang bukan lagi penanda aras graduan itu berkebolehan melaksanakan tugasan sebaliknya majikan mencari sesuatu yang ‘istimewa’.

“Contohnya, personaliti calon pekerja yang sentiasa optimis, pandai berkomunikasi dengan baik serta peka cabaran sekeliling. Dengan kata lain, bukan seperti robot yang diprogramkan.

“Diakui, bukan semua graduan cemerlang seperti itu tapi kebanyakan memang begitu kerana dunia mereka dihabiskan untuk pencapaian akademik tanpa mengimbangi dengan keperluan sosial dan kemahiran,” katanya.

Katanya, hari ini kita jarang mendengar kesukaran graduan diploma atau sijil memperoleh pekerjaan sedangkan lambakan graduan berijazah sentiasa berlaku.

“Hakikatnya, kita perlu melihat senario ini sebagai satu isyarat tegas dari dunia pekerjaan bahawa ada kriteria lain ditetapkan sebelum seseorang itu ditawarkan kerja. Dan, syarat itu perlu diikuti tanpa kompromi.

“Justeru, graduan perlu membuka minda supaya tidak lagi menganggap akademik sebagai nyawa kejayaan sebaliknya kemahiran lain juga asas pemilihan,” katanya.

Biarpun bukan semua graduan cemerlang berdepan risiko itu terutama dari bidang kritikal, peningkatan jumlah graduan berijazah saban tahun dikhuatiri mampu menimbulkan masalah berpanjangan.

Berbanding graduan sijil atau diploma atau mereka yang berkelayakan sederhana namun aktif, peluang untuk meneroka pasaran kerjaya lebih luas hasil daripada kemahiran dimiliki.

Kemahiran itu, katanya, banyak membantu mereka merencanakan masa depan dengan baik dan menjadi bonus menampilkan keyakinan diri sekali gus menjadi aset menarik mata majikan.

“Sebab itu, di institusi sangat ditekankan pelbagai aktiviti yang lari dari konsep akademik dan peperiksaan seperti khidmat komuniti dan kelab.

“Penubuhannya bukan sekadar suka-suka sebaliknya membantu mahasiswa meneroka potensi diri juga sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan.

“Malangnya, bukan semua mahasiswa tahu kepentingan kemudahan itu sebaliknya menganggap buku dan peperiksaan lebih penting manakala kemahiran jatuh nombor dua,” katanya.

“Bukan kata tidak penting tapi perlu diselarikan dengan kemahiran sebab sekarang majikan memang mencari calon berkemahiran demi memenuhi tuntutan kerjaya globalisasi.

“Kemahiran adalah aset paling mahal bagi majikan hari ini dan sudah tentu mereka mengkehendaki dan akan menjaganya dengan baik,” katanya.

Ditanya mengapa tiada masalah bagi graduan sijil dan diploma, katanya, golongan terbabit memang sudah disediakan bagi tujuan pasaran pekerjaan.

“Sebab itu, permintaan keduanya lebih laris. Tapi tidak bermakna mereka juga tidak berdepan cabaran mencari pekerjaan tapi jarang mendengar mereka menganggur.

“Ubahlah stigma bahawa dengan sekeping ijazah dan keputusan cemerlang, anda akan menjadi pilihan. Kini semuanya mempunyai peluang sama rata.

“Yang penting, bagaimana kita menampilkan diri untuk memikat hati majikan dengan kemahiran sedia ada. Justeru, masih belum terlewat mengubah stigma sedia ada,” katanya
.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/28 

 Kesimpulannya:
  • Jangan ingat result bagus dapat menentu kerjaya kalian
  • Apa yang penting pengalaman kalian yang ada untuk menguruskan organisasi
  • Yang penting jugak kena pandai communicate dengan orang lain
  • Result bagus, tapi xtau buat kerja. So, nak buat apa pekerja camni? Last skali jadi budak stor...
 Jika ada sebarang perkongsian, boley jea tinggalkan komen kat bawah ni :)

Wednesday 24 October 2012

SATU CERITA TELADAN BUATKU...

Hari ni, banyak sangat masa dihabiskan di bilik Hotel Penginapan Murah, RA Lodge Kubang Kerian. Aku cuma menghabiskan masa seharian aku dengan melayari internet, berfacebook, blogging dan tidur (part yang paling best). Jom aku kongsikan satu cerita ini dengan kalian yang sudi menjenguk ke entry aku ni...

The Boy & the Apple Tree


A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow…he loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by…the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.


One day, the boy came back to the tree and he looked sad. “Come and play with me” the tree asked the boy. “I am no longer a kid, I do not play around trees any more” the boy replied.


“I want toys. I need money to buy them.” “Sorry, but I do not have money… but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.” The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.


One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited “Come and play with me” the tree said. “I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?” “ Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.


One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. “Come and play with me!” the tree said. “I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man. “Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.” So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.


Finally, the man returned after many years. “Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you …” the tree said. “No problem, I do not have any teeth to bite” the man replied. “No more trunk for you to climb on” “I am too old for that now” the man said. “I really cannot give you anything… the only thing left is my dying roots” the tree said with tears. “I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years” the man replied. “Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tears…


This is a story for everyone.The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad…


When we grow up, we leave them…only come to them when we need something or when we are in trouble.


No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.


You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted we don’t appreciate all they do for us, UNTIL it’s too late. May Allah SWT forgive us of our shortcomings and may He Guide us inshaallah.


•{And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: ‘My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small.}• [Al-Qur’an 17:23-24]
 
Credit to Muslim Speakers

Lepas aku habis jea baca cerita ni, aku berfikir dan merenung sendiri. Jauhkan aku dari sifat-sifat yang keji, aku ingin menjadi anak yang solehah Ya Allah. Meskipun banyak waktuku tiada di sampingnya....Insyaallah, mari kita sama-sama usahakan yang terbaik buat diri kita dan kedua ibu bapa. Jika sehebat mana ujian yang Dia berikan pada kita, yakinlah ada jalan keluarnya buat orang-orang yang berusaha. Allah SWT sentiasa ada saat kita buntu dan senang, cuma kita sahaja yang memilih untuk sentiasa bersama-NYA atau tidak. Kasih sayang Allah SWT itu mendahului kemurkaan-NYA...

By OkiSara
 

Tuesday 23 October 2012

10 SIKAP BURUK MANUSIA YANG DICELA ALLAH SWT


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

ALUNAN ZIKIR TERAPI DIRI (^_^)

 Astaghfirullahal'azim....




Subhanallah....

Lailahaillallah....


Credit to Hafiz Hamidun

Bacaan Solat dan Maknanya




Alhamdulillah, ulangkaji aku hari ini adalah berkaitan bacaan solatku. Solat itu senangkan, penghayatannya cukup sukar ditambah pula jika tidak mengetahui makna dalam bacaan solat. Jadi, untuk mengukuhkan lagi solatku dan juga mungkin buat yang sudi menjenguk ke blog aku ni, jom kita sama-sama menghayati makna setiap lafaz yang dibaca dalam solat lima waktu yang kita laksanakan hari-hari ini:



1) Takbiratul-Ihram &Takbir
Allah Maha Besar.

2) Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan   petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam.

3) Al-Fatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4) Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

5) Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6) Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7) Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9) Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad saw itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11) Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan aku tidak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah jadikan lah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa. .ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dan dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Credit to resepirahsiaku.com
Edit by OkiSara
 

AKU INGIN BERUBAH



Thursday 18 October 2012

Bila DIA Bertanya...

Allah
Berfirman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba Allah tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-Nya?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya  kepada mereka yang berbicara denganmu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?

Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?

Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? 

Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? 

Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?

Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan Aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-Ku sedangkan Aku tidak menerima itu daripada kamu?

Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-Ku sedangkan Aku tidak menzalimimu? 

Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-Ku, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-Ku sedangkan Aku tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?

Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkari-Ku sedang tiada Tuhan bagimu selain Aku? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan Aku?

Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? 

Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? 

Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan?

Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?

Wahai manusia, dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Denga kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?

Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang Aku tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadamu?

Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?

Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?

Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?

Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjaujimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? 

Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?

Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?

Wahai anak Adam, bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?

Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku, engkau ialah hamba-Ku dan tetamu itu utusan-Ku. Apakah kamu tidak takut kalau Aku mencabut nikmat – nikmat-Ku? Rezeki itu ialah rezeki-Ku manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-Ku atas apa yang Aku berikan kepadamu?

Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, Aku berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah menjaminkan bagimu gantian dan Aku janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?

Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?

Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?

Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?


[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]
Soalan daripada saya buat diri juga semua:

"Wahai anak Adam, manusia, orang yang beriman, dan hamba Allah SWT, apakah jawapan serta alasanmu kepada Tuhanmu?"

~ artikel ini admin ambil dari blog sahabat setia kami, Nasiruddin Mohd ( http://mnasiruddinbamir.blogspot.com/ ). Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi Saudara Nasiruddin =)