Wednesday 17 October 2012

ASYIKNYA DUNIA....

Lihatlah dunia, pandanglah ke langit. Semakin ia dipuja semakin kuat rasa cinta padanya. Siang berganti malam dan malam berganti siang, begitu pantas masa berlalu tanpa sedikit rasa jemu padanya. Kepantasan masa yang berlalu itu juga berlari seiring dengan usiaku yang menjangkau kedewasaan. Sedangkan aku pula masih lagi asyik terbuai dengan keindahan dunia yang penuh dengan helah tipu daya penghuninya.

Pagi ini, aku terjaga dari kelenaan dunia dan menyedari bahawa aku cumalah insan yang kerdil di sisi Pencipta dunia serta seluruh alam semasta ini. Tiada guna harta menggunung dan pangkat darjat yang disandang dipuja-puja, namun ilmu dan amal sekelumit tiada pada diri. Apakan daya hakikat dunia, penghuninya cukup taksub pada harta, pangkat dan darjat yang tiada sedikitpun boleh mengubah kehidupan yang pasti dipersoalkan kelak.

Aku mula menillai diri, melihat ceteknya ilmu di dadaku. Apatah lagi jika berbicara tentang ilmu agamaku. Solat? Ya, memang aku laksanakannya tapi cukupkah penghayatan di dalam solatku? Astaghfirullahal'azim...Ampunkan aku Ya ALLAH. Aku ingin menjadi hamba-Mu yang taat serta solehah Ya ALLAH. Jangan sesekali Kau hukumi aku, sebagaimana yang Engkau telah hukumi kaum sebelumku. Aku hamba-Mu yang lemah yang mudah tergoda oleh kelembutan syaitan laknatullah dan keasyikkan duniawi yang melampau.

Jika aku lalai serta hanyut dalam keasyikkan duniawi ini, ia bukanlah salah ibu dan ayahku yang mendidikku. Namun, ia adalah salahku Ya ALLAH. Salahku Ya ALLAH. Salahku Ya ALLAH. Jangan kau hukumi ibu dan ayahku. Kini, aku sudah dewasa pandai menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Berikanlah waktu dan kesempatan untukku mengubah hidupku ini. Aku ingin berubah, berubah menjadi hamba-Mu yang taat perintah-Mu Ya ALLAH.


Create by: OkiSara

No comments:

Post a Comment