Wednesday 17 October 2012

BELAJAR MENGAJI..

Alhamdulillah, hari ini aku sudah mula mempelajari bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Memandangkan aku sentiasa sibuk dan tidak tetap keberadaanku di rumah, aku menemui guru baruku dalam megenali bacaan al-Quran. Agak kekok pertama kaliku membaca ayat-ayat suci ini, tanpa seorang guru yang boleh aku bersua muka. Namun, jika difikirkan kalau aku tak belajar mulai sekarang aku juga yang akan rugi. Mudahan apa yang aku lakukan beroleh keberkatan dari-Nya.

Kini usiaku telah menjangkau 23 tahun, tetapi aku masih belum lagi khatam al-Quran sepenuhnya. Ruginya aku Ya ALLAH. Biarlah masa yang lalu berlalu pergi, sesungguhnya ia takkan datang kembali. Aku hanya mampu memohon keampunan daripada ALLAH swt. Apa yang pasti aku perlu mempertingkatkan keazamanku untuk menyempurnakan bacaan al-Quran kareem.

Kecanggihan teknologi yang ada sekarang membuatkan aku lebih mudah mempelajari segala ilmu ini. Cuma tekan sahaja ayat mana yang hendak dibaca kemudian aplikasi suara dan tulisan ayat suci keluar di permukaan skrin telefon pintar. Alhamdulillah, mudahnya melakukan kebaikan jika kita menginginkannya. Ayat demi ayat menyusur keluar dari mulutku mengikuti suara bacaan yang keluar dari telefonku. 

Satu persatu surah yang aku sentuh, Masya'Allah...cukup sempurna isinya. Dari Al-Fatihah, Al- Baqara, Aal-i-Imran, An-Nisaa (for women)....semuanya ada. Aku juga mula mendalami maksud setiap bacaanku, agar aku memperoleh penghayatan pada setiap ayat yang aku bacakan. Ya ALLAH, bantulah aku dan permudahkanlah urusanku ini. Sesungguhnya, aku tidak tahu tentang banyak perkara dan aku ingin tahu tentang banyak perkara...

No comments:

Post a Comment