Thursday 9 February 2012

AWAS ! HEPATITIS C MEMBUNUH..

1) Apa itu Hepatitis C?


  • Hepatitis C atau singkatannya Hep. C merupakan sejenis virus bawaan darah yang boleh merosakkan hati yang mula ditemui sejak tahun 1989.
  • Apa yang membimbangkan, ada juga pesakit akan mengalami penyakit ini selama bertahun lamanya tanpa mengalami sebarang gejala.
  • Namun, gejala yang biasa dialami termasuk lelah, mual, sakit di bawah rusuk dan kurang toleran terhadap makanan berlemak atau alkohol.
  • Bahayanya Hep. C ini kerana ia tidak mengakibatkan penyakit pada saat anda pertama kali terjangkit.
  • Bahkan ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka telah terinfeksi, meskipun membawa virus ini selama bertahun-tahun lamanya.
2) Bagaimana Hep. C boleh berjangkit?
  •  Penyentuhan darah dengan darah yang dijangkiti.
  • Penggunaan alat suntikan ubat atau darah yang sama.
  • Penularan Hep. C juga boleh terjadi melalui pembuatan tatu dan menindik secara tidak steril, luka jarum atau dari darah atau transfusi produk darah di Australia sebelum tahun 1990. 
  • Penularan dari ibu yang dijangkiti Hep. C kepada anak (sangat kecil).
  • Hep. C juga boleh menular melalui darah kering yang dijangkiti virus.
  • Perkongsian pisau cukur, berus gigi, gunting kuku dan tuala dengan pesakit Hep. C.
      JOM baca Masyarakat Malaysia tidak endah bahaya HepatitisB dan C...
      dan juga cerita tragis dari seorang isteri  "Suamiku penghidap Hepatitis"...

3) Bagaimana Hep. C didiagnosis?
  • Tes darah: Antibodi terhadap virus C menunjukkan bahawa orang terebut telah terekspos pada virus ini sebelumnya, tetapi tidak menunjukkan apakah virus ini masih ada dalam darah.
  • Tes Asam Nukleik: eg PCR (akan menunjukkan bahawa virus ini ada di dalam darah).
  • Tes jumlah virus: untuk menunjukkan berapa banyak virus di dalam darah
  • Tes genotipe: bagi menunjukkan jenis virus yang terdapat di dalam darah- dapat membantu dalam merencanakan perawatan
  • Tes fungsi hati: yang MUNGKIN menunjukkan kerosakan hati pada saat ini.
4) PENCEGAHAN AWAL bagi penyakit ini adalah melalui:
  • Mendapatkan vaksinasi Hepatitis A dan Hepatitis B
  • Mengurangkan minuman alkohol
  • Bertanya kepada doktor-pemeriksaan kesihatan. 
# Elakkan dari membuat tatu, menindik tubuh, berkongsi jarum suntikan serta penggunaan alat peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan gunting kuku yang boleh membawa virus pada darah.
#Lakukan seks halal/aman.

JAGALAH DIRI, KERANA INI ADALAH AMANAH DARI ALLAH SWT...

Tuesday 7 February 2012

TALI PINGGANG JEJASKAN KESIHATAN !!

Bila bercakap tentang tali pinggang, apa yang terfikir di minda OkiSara adalah 'lelaki dan tali pinggang' :)
Yea benar, sememangnya lelaki dan tali pinggang memang tidak dapat dipisahkan.



Perlu diketahui bahawa tali pinggang yang diikat terlalu ketat boleh mengganggu sistem perkumuhan. Seorang Profesor bahagian gastrointestinal dan penyakit hati dari Keck School of Medicine, University Southern California (USC), Russell menjelaskan bahawa pemakaian tali pinggang yang ketat boleh membawa kepada peningkatan tekanan di sekitar abdomen sehingga menyukarkan gas dan makanan dalam perut untuk turun ke bawah.

Keadaan ini akan menyebabkan anda megalami ngilu atau pedih hulu hati dan refleksi asid (senak) sehingga menyumbang kepada masalah ketidakselesaan perut. Terdapat juga teori yang menjelaskan, boleh meningkatkan risiko kanser asofagus.

Oleh itu, pemakaian tali pinggang harus DILONGGARKAN sebanyak dua jari dari perut.

~OkiSara

MENANTI CINTA 1

Alhamdulillah....tergerak hatiku untuk berkongsi kisah hidupku dengan kalian si pembaca. Teragak-agak juga  untuk aku memulakan sesi penulisan aku ini. Entah bagaimana untuk aku memulakannya maklumlah orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger. Sebelum aku berleter panjang, jika ada sebarang cadangan atau komen untuk aku memperbaiki gaya penulisanku bolehlah dibuat pada ruangan komen yang tersedia yaa....(^_^)

Emmm....korang nak tau aku ada minat pada sorang mamat ni. Bagi aku dia ni ada ciri-ciri lelaki yang aku suka. Bukan senang tau untuk aku menyukai seseorang laki tu, apatah lagi untuk aku berterus terang akan isi hatiku ini. Tapi, kalau korang nak tau, aku telah membuat satu keputusan yang entah betul atau tidak...ehh...terlalu awal untuk aku ceritakan ini semua kepada kalian si pembaca.

Pertama kali aku bertemu dengan dia adalah pada ketika aku menjalani satu kursus di UKM, Bangi pada 7 bulan yang lepas. Pertemuan itu membuatkan aku tertanya tentang dirinya. Kenapa? Aku merasakan yang dirinya agak unik, mungkin. Jarang sekali aku tengok dia bercakap, apatah lagi nak bertegur sapa dengan orang. Mingkin juga disebabkan aku tidak pernah mengenalinya. Tapi selepas beberapa kali bertemu, aku mula nampak yang dia mula bercakap dengan rakan seuniversiti denganku. Oklah tu....

Tanpa disengajakan, kursus anjuran KPT Iini yang melibatkan seluruh pelajar IPTA Malaysia terpaksa dilanjutkan seminggu lagi. Kemudian pada sesi lanjutan ini juga akan diadakan sesi temuduga yang mana akan menempatkan mahasiswa terpilih di bahagian parlimen Malaysia seluruh negara. Pada ketika itu aku dan beberpa orang rakan seuniversiti hampir-hampir untuk menarik diri kerana beberapa faktor. Alhamdulillah seminggu telah berlalu dan aku telah terpilih untuk ke parlimen Pasir Gudang, Johor.

Keesokkan harinya, aku dan rakan-rakan mahasiswa yang lain telah dipindahkan ke KBS, Puchong- penempatan sepanjang program. Pertama kali menjejakkan kaki di Puchong menggambarkan aku tentang seribu satu ragam kehidupan yang bakal aku tempuhi. Setelah berkemas barang dan menyediakan tempat tidur, aku mengambil waktu sedikit untuk merehatkan diri dan terrrleeennnaaaa.....

Hari kedua di KBS....
Mengikut kepada jadual yang telah disusun, kami akan bergerak ke Parlimen Malaysia. Perasaan excited, takut, teruja dan bermacam-macam bermain difikiranku. Apa yang penting adalah ilmu yang bakal aku timba sepanjang perjalanan cuti semesta ini. Maklumlah kalau cuti panjang lebih-lebih lagi hampir empat bulan tiada pengisian yang berguna alamak rugi giler kot.....Mengikut jadual asal, bas yang akan mengambil kami di Puchong akan tiba pada jam 8 am. Tapi disebabkan faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan jam 9.15 am baru kami bertilak dari Puchong.

Setibanya di perkarangan Parlimen Malaysia, perasaan teruja antara kami diibaratkan seperti 'rusa masuk kampung' kot.hehe....Ketibaan kami disambut mesra oleh pihak pengurusan program. Kami dibawa mengenali bahagian-bahagian pentadbiran di parlimen. Pertama kali bagiiku menjejakkan kaki ke dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan segalanya membuatkan aku tentang pentingnya sistem pentadbiran negara yang tersusun dan sistematik.

dan di sini bermulalah satu kisah hidup yang penuh dengan PENCARIAN................

Saturday 4 February 2012

LIDAH YANG BERTUTUR

Sejenakku ku berfikir….hinanya diriku dalam melafazkan tutur bicara. Alhamdulillah pertemuan yang singkat, namun ada kesan yang terpahat di hatiku. Terasa juga ingin menangis, adakalanya juga ingin ku tutupi wajah ini dengan topeng Power Ranger. Ada hikmah yang terselit atas apa yang berlaku. Apa yang pasti ku bersyukur pada-Mu ILAHI kerana menemukan kami.

Lembut tutur bicaranya, berhikmah susun katanya membuatkan aku malu pada diri sendiri. Aku bermonolog sendiri, “Perlukah aku bijak berkata-kata?” Lantas membuka kebodohan yang ada pada diriku tanpa kusedari. Atau “Perlukah aku hanya memerhati keadaan sekeliling tanpa berkata apa-apa? Namun, apa yang lebih penting adalah belajar dari kesilapan yang lalu.

Ada waktunya, aku takut banyak bertutur kerana padanya ada kepahitan. Dalam ketakutan itu juga ada rasa ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Lantas membuatkan aku berbicara bertunjangkan hawa nafsu. Dahulunya aku agak periang orangnya. Dalam keriangan ini, banyak bicaranya aku. Dalam banyak bicara inilah yang banyak menyakitkan Sang Pendengar. Sang Pendengar mengadu padaku suatu ketika dulunya, tentang pahitnya kata-kataku. Aku berfikir…dan berfikir. Lantas, aku mengambil keputusan untuk tidak banyak berbicara tetapi banyak memerhati.

Alhamdulillah, hari ini aku belajar lagi tentang tutur bicara. Aku bersyukur ada ilmu yang terselit pada pertemuan ini.

UNTUK YANG INGIN MENDAMPINGIKU

Letih,
mungkin itu yang aku rasa,
mencarimu dalam bayang,
tidak pernah bertemu hingga kuterlena.

Terlena,
Terlena angan terbuai usia,
Bergerak naik menuju ke pusara,
Tidak henti terus mencari,
Tambatan hati yang dinanti-nantikan.

Kuberdoa pada pemilik hati ini,
Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini,
Apabila dia membaca tulisan ini,
Harapku hatinya boleh menjadi hati yang suci.

Mungkin juga selama ini aku terlalu memilih,
Atau mungkin tiada yang kudipilih,
 Semuanya menjauh,
Tidak terlihat dan tidak tersentuh.

Kini segalanya harus dimulakan,
Dari niat tulus yang tidak ternilai,
Terlalu mulia untuk dinilai,
Dalam sujud hati ini,
Kami berdoa pada Ilahi, Agar segera bertemua kekasih hati.

Yang menemani kami ke syurga abadi,
Aku benar-benar tidak tahu,
Apakah kamu atau siapa pendampingku,
Namun jika sudah takdirku,
Semoga hatiku ini bersanding dengan hatinya yang suci….